Pantulan cahaya Cahaya_tampak

Pantulan cahaya lebih baik dan teratur pada permukaan yang rata. Pantulan cahaya berselerak pada permukaan yang tidak rata. Dengan itu, cermin dan permukaan air yang jernih serta tenang ialah pemantul cahaya yang baik. Sifat ini membolehkan objek kelihatan jelas apabila dilihat dalam cermin.

Pantulan cahaya bergantung kepada jenis permukaan

Pembiasan cahaya menyebabkan penyedut minuman kelihatan bengkok dan lebih besar di dalam air, dan juga dasar kolam kelihatan lebih cetek daripada kedalaman sebenarnya. Cahaya yang jatuh pada permukaan yang rata dipantulkan secara teratur dan selari. Cahaya yang jatuh pada permukaan yang tidak rata dipantulkan secara berselerak. Imej dapat dilihat dalam cermin kerana ada pantulan cahaya. Cahaya yang dipantulkan oleh cermin bergerak ke arah mata untuk dikesan.

Alat-alat yang berfungsi berdasarkan prinsip pembiasan cahaya ialah:

  1. Kanta pembesar
  2. Mikroskop
  3. Teleskop